Thursday, February 22, 2018

Resepi kek coklat moist kukus sukatan cawan

Hari ini saya nak share kek coklat moist yang terdapat berbagai2 resepi.Saya pun banyak kali juga cuba lain-lain resepi.Kali ini saya nak share resepi yang saya selalu gunakan ini sebab saya rasa memang sedap rasanya.

Bahan2nya :-

Bahan A
1. 1 cwn serbuk koko
2.1 cwn gula pasir
3.1 cwn susu cair
4.1 cwn minyak masak
5.1/2 cwn susu pekat manis

Bahan B
1.1 1/2 cwn tepung gandum
2. 1 sdt soda bikarbonat
3.1 sdt baking powder
4. 1 sdt esen vanilla
5.3 biji telur

Cara2nya:-
1.Masukkan bahan A ke dalam periuk.Kacau guna api kecil dan sejukkan.
3.Pukul telur sampai betul-betul kembang dan masukkan ke dalam bhg A.
4.Masukkan esen vanila dan pukul sebati.
5.Masukkan bhg B sedikit-sedikit.Masukkan ke dalam mixer sekejap kalau nak bagi sebati,biar tiada tepung yg berketul-ketul dan masukkan ke dalam bekas.
6.Didihkan air terlebih dahulu dan kukus sehingga masak.

Topping 1
1.1 cwn susu pekat
2.2 sdb serbuk koko
3.1 sdb mentega
 *Masakkan guna api perlahan atau guna kaedah double boil.

Topping 2
1.1 blok coklat masakan
2.1/2 cwn susu pekat
3.1/2 cwn susu cair
4.1 sdb majerin
* Guna kaedah double boil

Resepi biskut butter cookies

Assalamualaikum...hari ini saya rasa terlebih rajin sedikit...rasa nak makan biskut tapi biskut yg simple2 jer....biskut yang tak memerlukan banyak bahan.Biskut butter cookies ini boleh juga digantikan dgn planta/mentega.Resepi ini pun saya tidak letak telur dan hanya menggunakan 4 bahan sahaja.Lebih senang lagi menggunakan sukatan cawan.Walaupun simple,biskut ini sangat harum baunya dan rangup.Sepatutnya biskut ini menggunakan piping bag sebab adunan lembik sedikit.Kalau rasa nak terap menggunakan acuan bolehlh tambah sedikit tepung agar bila diterap ia tak melekat pada acuan.

Bahan2nya:-
1.1 cwn butter (250 grm).
2.1 /2 cwn gula custor.
3.2 cwn tepung gandum.
4.1 sdk esen vanilla .

Cara2nya :-
1.Pukul butter dan gula sehingga kembang.
2.Masukkan esen vanila.
3.Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul menggunakan senduk kayu/spatula.
4.Terap atau guna piping bag.
5.Panaskan oven dan bakar lebih kurang 12 minit.Kalau nipis lebih cepat masa pembakaran dan lebih rangup lagi.
              SELAMAT MENCUBA.