Assalamualaikum...hari ini saya rasa terlebih rajin sedikit...rasa nak makan biskut tapi biskut yg simple2 jer....biskut yang tak memerlukan banyak bahan.Biskut butter cookies ini boleh juga digantikan dgn planta/mentega.Resepi ini pun saya tidak letak telur dan hanya menggunakan 4 bahan sahaja.Lebih senang lagi menggunakan sukatan cawan.Walaupun simple,biskut ini sangat harum baunya dan rangup.Sepatutnya biskut ini menggunakan piping bag sebab adunan lembik sedikit.Kalau rasa nak terap menggunakan acuan bolehlh tambah sedikit tepung agar bila diterap ia tak melekat pada acuan.
Bahan2nya:-
1.1 cwn butter (250 grm).
2.1 /2 cwn gula custor.
3.2 cwn tepung gandum.
4.1 sdk esen vanilla .
Cara2nya :-
1.Pukul butter dan gula sehingga kembang.
2.Masukkan esen vanila.
3.Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul menggunakan senduk kayu/spatula.
4.Terap atau guna piping bag.
5.Panaskan oven dan bakar lebih kurang 12 minit.Kalau nipis lebih cepat masa pembakaran dan lebih rangup lagi.
SELAMAT MENCUBA.
No comments:
Post a Comment