Wednesday, November 23, 2016

Resepi ayam masak sambal dan kentang

Assalamualaikum dan selamat
sejahtera....Resepi saya kali ini ialah ayam masak sambal dengan kentang.

Bahan2nya:-
1. 1/2 ekor ayam
2. 2 biji ubi kentang (potong nipis)
3. 5 biji cili merah (blend)
4. 1 sdb cili kering mesin
5. 2 sdb bawang besar
6. Garam,gula dan serbuk perasa

Cara2nya :-
1.Goreng ayam dan ketepikan.Kemudian goreng kentang dan angkat (letak sedikit garam sebelum goreng kentang).
2.Tinggal sedikit minyak kemudian tumis bawang besar.
3.Masukkan cili kering dan cili merah.Masak cili sehingga garing.Tambah garam,gula dan serbuk perasa.
4.Masukkan ayam dan kentang.Gaul rata dan angkat.
   

Resepi ayam masak lemak minang dengan kentang dan telur rebus

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....selamat bertemu lagi...Saja nak share menu masakan saya hari ini...
Bahan2nya:-
1. 1/2 ekor ayam
2. 4 biji telur rebus
3. 3 biji ubi kentang (potong baji)
4. Santan (sebiji kelapa)
5. Cili padi 10 biji (tumbuk)
6. Bawang merah 4 biji (tumbuk)***
7. Bawang putih (tumbuk)***
8. Halia 1 inci (tumbuk)***
9. 1sdb cili kering mesin
10. 2 batang serai (ketuk)
11. Sedikit rempah 4 sekawan
12 .Sehelai daun kunyit
13. 4 helai daun limau purut
14.Garam,gula dan serbuk perasa

Cara2nya :-
1. Panaskan satu senduk minyak ke dalam periuk.Tumis bahan  tumbuk***.Masukkan rempah 4 sekawan dan tumis hingga naik bau kemudian masukkan cili padi,cili kering dan serai.Masukkan ayam
dan tambah 1/2 cawan air.Biarkan mendidih seketika.
2.Masukkan santan dan garam.Biarkan mendidih kemudian masukkan kentang.Biar kentang empuk dan masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
3.Masukkan telur rebus.Tambah gula dan serbuk perisa.
         Selamat Mencuba !!!!


Tuesday, November 8, 2016

Resepi kek pisang lembut dan gebu


Assalamualaikum....Menu kali ini adalah kek pisang lembut dan gebu...saya suka makan panas2..tak sabar nak tunggu sejuk....huhuhu..

Bahan2nya:-
1. 1 cwn pisang yg telah dilenyek
2. 2 cwn tepung gandum (ayak)
3. 1 sdk baking powder (ayak)
4. 1 sdk soda bikarbonat (ayak)
5. 4 biji telur gred A
6. 3/4 cwn minyak
7. 1 sdk esen pisang/vanila
8. Secubit garam
Cara2nya:-
1.Pukul gula,telur dan minyak sehingga kembang.
2.Masukkan garam,esen pisang/vanilla dan pisang.Pukul sebati.
3.Masukkan tepung yg telah diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat.
4.Masukkan adunan ke dalam loyang pembakar yang telah digris dan dialas kertas minyak.
5.Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160c selama 45 minit bergantung pada oven masing-masing.