Assalamualaikum dan selamat
sejahtera....Resepi saya kali ini ialah ayam masak sambal dengan kentang.
Bahan2nya:-
1. 1/2 ekor ayam
2. 2 biji ubi kentang (potong nipis)
3. 5 biji cili merah (blend)
4. 1 sdb cili kering mesin
5. 2 sdb bawang besar
6. Garam,gula dan serbuk perasa
Cara2nya :-
1.Goreng ayam dan ketepikan.Kemudian goreng kentang dan angkat (letak sedikit garam sebelum goreng kentang).
2.Tinggal sedikit minyak kemudian tumis bawang besar.
3.Masukkan cili kering dan cili merah.Masak cili sehingga garing.Tambah garam,gula dan serbuk perasa.
4.Masukkan ayam dan kentang.Gaul rata dan angkat.
No comments:
Post a Comment