Assalamualaikum semua...Tart nenas adalah salah satu kuih raya yg sangat famous di setiap musim perayaan..setiap tahun juga inilah kuih raya yang wajib saya buat ...jom kita tengok resepinya...
Bahan2nya :-
1.1 cwn butter / mentega
2.3 sudu besar gula icing
3.2 1/2 cwn tepung gandum
4.2 sdb tepung jagung
5.2 sdb tepung kastad
6.1 sdb susu tepung
7.1 sdk esen vanila
8.1 biji kuning telur
9.Sedikit pewarna kuning
10.Jem nenas (ready made)
11.Sebiji kuning telur + 1sdb air +setitis pewarna kuning (utk disapu)
Cara2nya :-
1.Pukul telur,butter,esen vanila dan gula icing hingga sebati (tak perlu kembang).
2.Campurkn semua jenis tepung sedikit2.Kalau terlalu lembik tambah sedikit tepung gandum.
3.Letak sedikit pewarna kuning dan tekan menggunakan acuan semperit.
4.Letak inti dan gulung.
5.Sapukan kuning telur di atas permukaan kuih dan bakar lebih kurang 20 minit dgn suhu 150/160 c.
Nota:- *Jika utk buat tart bunga tambah sedikit tepung gandum iaitu jadikan sukatan 2 3/4 cwn.
*Jika tiada susu tepung boleh gantikan gula icing dgn 3 sdb susu pekat manis.
No comments:
Post a Comment