Wednesday, July 5, 2017

Resepi kuih gunting

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...hari ini saya nak share resepi kuih gunting...kuih gunting adalah salah satu kudapan di hari raya mahu pun di hari biasa...kalau dah start mengunyah memang susah nak berhenti...saya suka resepi yg simple2 jer tapi sedap...Kalau nak buat sedikit bahagi kpd 2 sukatan resepi ini...

Bahan2nya :-
1.1 kilo tepung gandum
2. 4 atau 5 sdb majerin(cairkan)
3.1 sdk garam dicampur dalam satu mug air sejuk.
4.3 sdb jintan manis (tumbuk)
5.2 sdb jintan putih (tumbuk)
6.3 sdb serbuk kari daging
7.5 pelepah daun kari ( gunting halus)
8.Sebiji telur

Cara2nya :-
1.Masukkan tepung ke dalam bekas,tambah majerin dan semua bahan2 kering.
2.Masukkan telur yang telah dipukul sedikit.Gaul rata.
3.Masukkan air sedikit demi sedikit.Kalau keras boleh tambah sedikit air.
4.Bulat2kan doh sebesar penumbuk dan canai.Panaskan sekejap ke dalam kuali tanpa minyak.Tujuannya adalah bagi memudahkan untuk menggunting supaya tidak melekat-lekat.
5.Sejukkan doh yang sudah dipanaskan dan mulakan proses menggunting.
6.Goreng sehingga keemasan dan sejukkan sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.


Tuesday, July 4, 2017

Resepi biskut mentega / butter cookies

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...Kali ini saya nak share biskut yg sedap,senang lagi mudah ini..bahan2nya pun simple sangat dan rasanya pun enak dan rangup...baunya pun harum semerbak ketika sedang dibakar...kalau rasa nak buat sedikit bolehlh dibahagi 2 resepi ini sebab satu adunan ini dapat banyak jugak..saya pun tak berkesempatan nak menukarkan resepi ini ke sukatan cawan lagi...kalau guna sukatan cawan lagi mudah kan,tak payah nak timbang2 bagai....resepinya seperti di bawah...

Bahan2nya:-
1.270 grm butter/mentega
2.120 grm gula custor
3.300grm tepung gandum
4.60 grm tepung jagung
5.Sebiji kuning telur
6.1 sdk esen vanila
7.Putih telur & manik (hiasan)

Cara2nya:-
1.Pukul butter / mentega hingga sebati.
2.Masukkan telur dan esen vanila.
3.Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4.Terap guna acuan yang digemari dan sapu putih telur di atas permukaan kuih dan tabur dgn manik2.
5.Bakar pada suhu 150-160c selama lebih kurang 18 -20 minit.


Resepi biskut kelapa

Assalamualaikum semua...resepi yang saya nak share kali ini ialah resepi biskut kelapa.. .biskut ini sebenarnya saya buat sebelum raya tapi cuma sempat update selepas hari raya jer tapi masih dalam mood rayalh kan sebab masih dalam bulan syawal sekarang ini ....jom kita layan resepi ini....

Bahan2nya:-
1.1 1/2 cwn planta
2.1 cwn gula halus
3.1 biji kuning telur
4.Secubit garam
5.2 cwn kelapa kering(kelapa parut - blend & goreng sehingga keperangan)
6.1 sdt esen vanilla
7.2 cwn tepung ubi
8.1 cwn tepung gandum

Cara2nya:-
1.Pukul planta dan gula hingga sebati (tak perlu kembang).
2.Masukkan telur,esen vanila dan garam.
3.Masukkan bahan2 kering berselang seli.
4.Terap dan sapu kuning telur di permukaan kuih dan boleh dihias dgn sedikit kelapa kering.
5.Bakar 18-20 min pada suhu 150-160c.

                 SELAMAT MENCUBA !!!

Monday, July 3, 2017

Resepi tart nenas

Assalamualaikum semua...Tart nenas adalah salah satu kuih raya yg sangat famous di setiap musim perayaan..setiap tahun juga inilah kuih raya yang wajib saya buat ...jom kita tengok resepinya...

Bahan2nya :-
1.1 cwn butter / mentega
2.3 sudu besar gula icing
3.2 1/2 cwn tepung gandum
4.2 sdb tepung jagung
5.2 sdb tepung kastad
6.1 sdb susu tepung
7.1 sdk esen vanila
8.1 biji kuning telur
9.Sedikit pewarna kuning
10.Jem nenas (ready made)
11.Sebiji kuning telur + 1sdb air +setitis pewarna kuning (utk disapu)

Cara2nya :-
1.Pukul telur,butter,esen vanila dan gula icing hingga sebati (tak perlu kembang).
2.Campurkn semua jenis tepung sedikit2.Kalau terlalu lembik tambah sedikit tepung gandum.
3.Letak sedikit pewarna kuning dan tekan menggunakan acuan semperit.
4.Letak inti dan gulung.
5.Sapukan kuning telur di atas permukaan kuih dan bakar lebih kurang 20 minit dgn suhu 150/160 c.

Nota:-  *Jika utk buat tart bunga tambah                sedikit tepung gandum iaitu                         jadikan sukatan 2 3/4 cwn.
             
             *Jika tiada susu tepung boleh                      gantikan gula icing dgn 3 sdb                      susu pekat manis.
           

Friday, May 19, 2017

Resepi biskut semperit asli rangup

Assalamualaikum semua...dah dekat nk masuk bulan puasa sekarang semua sibuk nak cari resepi biskut raya...setiap tahun saya akan buat biskut ini.Dalam banyak2 resepi semperit inilah resepi yang paling saya suka.Biasanya biskut ini saya ambil tempahan untuk hari raya.Jom kita layan resepinya...
Bahan2nya :-
1.1 cwn butter/mentega
2.1/2 cwn gula halus
3.1 biji kuning telur
4.1 sdk esen vanila
5.1 cwn tepung jagung
6.1 cwn tepung gandum
7.1/2 cwn tepung kastad
Cara2nya :-
1.Pukul mentega + gula (tak perlu kembang).Boleh guna whisk atau senduk kayu.
2.Masukkan telur + esen vanila.
3.Campurkan 3 jenis tepung.Masuk sedikit2 dan uli.
4.Masukkan ke dalam acuan semperit dan potong.Hias dgn manik2 urai atau biarkan kosong.
5.Bakar pada suhu 150/160 c selama lebih kurang 15-20 minit.

* Kalau suka biskut kelihatan lebih kuning sedikit boleh titiskan pewarna kuning telur ke dalam adunan.



Thursday, May 11, 2017

Resepi roti gulung hotdog goreng

Hai apa khabar semua...hari ini saya   nak share resepi roti gulung hotdog yang sangat simple.Sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang.
Bahan2nya:-
1.3 keping roti keping gardenia
2.3 batang hotdog
3.Sebiji telur
4.Secubit garam+secubit ajinomoto
5.Minyak untuk menggoreng
Cara2nya:-
1.Celur hotdog dgn air mendidih dan toskan/goreng.
2.Lenyek roti sehingga leper dan nipis.
3.Pukul telur + sedikit garam dan ajinomoto.
4.Gulung hotdog bersama roti dan celup ke dalam telur.
5.Goreng di dalam minyak panas.
6.Angkat roti apabila dah kekuningan dan toskan.
7.Roti boleh dipotong kecil dan dimakan bersama sos dan mayonis.


Monday, May 8, 2017

Resepi pengat mee siput dengan keledek

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....hari ini saya nak share resepi pengat atau ada orang panggil bubur mee siput dengan keledek..kalau nak campur dengan pisang pun boleh.Sangat sedap dimakan untuk berbuka puasa atau sebagai pencuci mulut di hari2 biasa...Jom kita tengok resepinya...
Bahan2nya:-
1.3 keping mee siput (dicelur dgn air panas dan toskan)
2.2 keping gula melaka(masak dgn 1/2 cwn air dn tapis)
3.3 sudu gula pasir (ikut suka)
4.Sebiji kelapa (jadikan 4 cwn)/santan fresh(2 bungkus kecil)
5.Sebiji keledek (potong dadu,rebus hingga empuk dn toskan airnya)
6.Sehelai daun pandan
Cara2nya:-
1.Masukkan santan,gula melaka,gula pasir dan daun pandan.Didihkan.
2.Masukkan mee siput.Kacau sebentar kemudian masukkan keledek.
3.Biarkan menggelegak seketika kemudian tutup api.
4.Sedap dimakan ketika sejuk atau panas.
              SELAMAT MENCUBA !!!!

Wednesday, May 3, 2017

Resepi gulai lemak cili padi siput sedut dan pucuk paku

Assalamualaikum....resepi yang saya nak share kali ini ialah gulai lemak cili padi siput sedut dan pucuk paku..Terlebih dahulu siput hendaklh dibersihkan dan dipotong hujungnya dengan menggunakan playar,gunting atau pisau.
Bahan2nya:-
1.Siput 1/2 kilo
2.Cili padi 12 biji atau 1sdb (tumbuk)
3.Santan kotak/santan segar campur dgn 4 cwn air.
4.Sebiji bawang merah (tumbuk)
5.Serbuk kunyit 1 sdb
6.Satu ikat pucuk paku (potong)
7.Serai 2 batang (ketuk)
8.Satu keping asam gelugor
9.Garam dan serbuk perasa
Cara2nya:-
1.Masukkan santan,air,cili,serai,   kunyit,bawang,asam keping dan garam.Didihkan di atas api.
2.Masukkan siput,kacau dan biarkan seketika.
3.Masukkan pucuk paku.Biarkn empuk seketika dan tambah serbuk perasa.
4.Siap dan tutup api.
Nota: Kalau suka boleh letak sehelai
           daun kunyit.





Resepi sambal udang

Resepi sambal udang yg simple dan sedap..Jom kita layan bahan2nya.

1.Udang 1/2 kilo
2.Cili kering mesin 1 senduk
3.Air Asam jawa 5 sdb
4.Bawang besar tumbuk/mesin 1sdb
5.1/2 cawan air
6.Minyak masak satu senduk
7.Bawang besar sebiji dipotong baji
8.Garam,gula dan serbuk perasa
Cara2nya :-
1.Panaskan minyak masak.Tumis
 bawang mesin dan masukkan cili.
Masak cili sehingga garing.
2.Masukkan udang dan air.Tambah garam dan sedikik gula.
3.Biarkan sambal mendidih dan masukkan bawang potong.Tambah sedikit serbuk perasa.
4.Tutup api dan siap.








Sunday, January 22, 2017

Resepi pajeri nenas

Hari saya nak share resepi pajeri nenas yang sangat mudah...selain rasanya yang enak,pajeri ini sangat wangi baunya...mungkin ada campuran kerisik dan gula melaka....

Bahan2nya :-
1.Sebiji nenas kupas dan potong kecil dn celur sekejap buang airnya.
2.Sebiji kelapa (jadikan 2 cwn santan pekat)
3.2 sdb rempah kari daging
4.1 sdb cili kering mesin
5.1 sdb kerisik
6.1/2 keping gula melaka
7.3 ulas bwng merah kecil + 2 ulas bwng putih + 1/2 inci halia (tumbuk)
8. Sedikit rempah 4 sekawan
9.1 sdb udang kering (boleh ganti ikn bilis)*
10.Sebatang serai (ketuk)

Cara2nya:-
1.Panasksn 5 sdb minyak dan tumis bahan tumbuk* dan rempah 4 sekawan.
2.Masukkan rempah kari dan cili mesin.Tumis hingga wangi.Masukkan serai.
3.Masukkan santan dam garam.Biar mendidih seketika.
4.Masukkan nenas,kerisik dan gula melaka.
5.Kacau sehingga kuah kering seketika.
6.Tambah serbuk perasa dan tutup api.
            SELAMAT MENCUBA !!!





Saturday, January 21, 2017

Resepi ayam masak merah

Resepi hari ini ialah ayam masak merah.Ayam masak merah ini boleh dimakan dengan nasi biasa atau nasi minyak,nasi tomato,nasi hujan panas atau apa jua nasi yang bersesuaian dengannya....biasanya kita makan bila ada majlis perkahwinan...mungkin cara masak saja berbeza...resepi saya ini ialah untuk bilangan keluarga yang tidak ramai...kalau nak banyak bolehlah digandakan bahan-bahannya ya....

Bahan2nya:-
1. 1/2 ekor ayam
2. 1/2 cawan sos cili + 3sdb sos tomato
3. 1/2 cawan air (boleh kurangkan)
4. 3 sdb cili kering mesin
5. 3 ulas bawang putih + 1/2 inci halia +4 biji bawang merah kecil (tumbuk)
6.Sebatang serai (ketuk)
7.Sebiji bawang besar (potong bulat)
8.Garam, gula dan serbuk perasa

Cara2nya :-
1.Bersihkan ayam dan gaul garam dan kunyit.Goreng jangan terlalu garing supaya ayam tidak keras.
2.Angkat ayam dan ketepikan.
3.Panaskan satu senduk minyak dan tumis bawang.Masukkan cili kering dan biarkan garing sebentar.
4.Masukkan sos,air dan serai.Biarkan menggelegak sebentar dan masukkan bawang potong bulat.
5.Perasakan dengan garam gula dan serbuk perasa.




Friday, January 20, 2017

Resepi masak lemak ikan cencaru dengan kacang panjang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera untuk semua yang singgah di blog saya ini....Kali ini saya nak share resepi masak lemak ikan cencaru dengan kacang panjang...

Bahan2nya:-
1. 2 ekor ikan cencaru
2. Seikat kacang panjang (potong)
3. Sebiji kelapa (boleh guna santan kotak/peket)
4. 12 biji cili padi (ikut suka nk ltak bnyk mana)(tumbuk)*
5. 2 keping asam keping
6. Sebiji bwang merah kecil (tumbuk)*
7.Sdb besar serbuk kunyit
8.Sebatang serai (ketuk)
9.Garam dan serbuk perasa

Cara2nya:-
1.Masukkan semua bahan kecuali ikan dan kacang panjang.Masukkan juga garam.
2.Kacau santan sehingga mendidih.
3.Masukkan ikan dan biarkan ikan masak seketika.
4.Masukkan kacang panjang dan biarkan empuk seketika.
5.Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.Tutup api.
               SELAMAT MENCUBA !!!!




Resepi pucuk paku goreng belacan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....Masak apa hari ni???
Resepi saya hari ini ialah pucuk paku goreng belacan....

Bahan2nya:-
1.Satu ikat pucuk paku (potong)
2.7 biji cili padi (tumbuk)*
3.3 biji bwng merah + 2 ulas bwng putih (tumbuk)*
4.1/2 inci belacan (tumbuk)*
5.Sedikit ikan bilis / udang kering (tumbuk)*
6.Garam dan serbuk perasa

Cara2nya :-
1.Panaskan 2 sudu minyak dan tumis bahan2 tumbuk*.
2.Masukkan pucuk paku dan letak sedikit air.
3.Letak garam dan serbuk perasa dan  masak sehingga lembut.
                        SIAP !!!!


Thursday, January 12, 2017

Resepi fucuk dan suhun tumis air bersama kentang dan telur

Assalamualaikum...bersua lagi ya...Kali ini masakan saya simple jer..sesuai untuk mereka yang kekurangan waktu dan kekurangan idea...huhuhu

Bahan2nya:-

1.3 keping fucuk (rendam)
2.Suhun (rendam)
3.Kentang 2 biji (potong baji)
4.2 biji telur
5.2 ulas bwng putih + 3 biji bawang merah*
6.Sedikit ikan bilis *
7.Garam dan serbuk perasa
8.4 cawan air
9.Sedikit minyak untuk menumis

Cara2nya :-
1.Panaskan minyak dan tumis bahan bertanda*.
2.Masukkan air dan biar menggelegak.
3.Masukkan kentang dan biarkan empuk.
4.Masukkan fucuk dan biarkan seketika
Masukkan telur.
5.Masukkan suhun dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
                      SIAP !!!

Resepi ikan cencaru sumbat sambal

Assalamualaikum....Alhamdulillah.. bersua lagi untuk kita berkongsi resepi masakan..Resepi saya hari ini simple sangat iaitu ikan cencaru sumbat sambal...setiap orang ada cara sendiri dalam menyediakan hidangan ya...memasak pun kena ikut pengalaman juga sebenarnya...lkan sumbat sambal ni dulu2 saya sumbat sambal dulu baru saya goreng bersama ikan...Oleh kerana sambalnya selalu terkeluar bila saya menggoreng walaupun dah diikat benang ( mungkin saya tak pandai kot)...huhuhu..minyak pula menjadi hitam bila sambal sudah terkeluar jadi saya terfikir pulak untuk memasukkan sambal selepas ikan digoreng tapi terpulanglah pada citarasa masing2 ya...

Bahan2nya :-
1.2 ekor ikan cencaru disiang dan dibelah belakang
2.5 @6 biji cili merah*
3.2 ulas bawang putih*
4.Garam dan serbuk perasa

Cara2nya:-
1.Lumur ikan dengan garam dan serbuk kunyit dan goreng garing.
2.Tumbuk bahan bertanda dan letak sedikit garam dan serbuk perasa.Boleh juga diblend guna blender kering agar cili tidak berair.
3.Panaskan sesudu minyak dan goreng cili seketika.
4.Bila ikan sudah masak sumbatkan cili di belakang ikan yang telah dibelah tadi.
            SELAMAT MENCUBA !!!!!