Assalamualaikum.....puas cari idea nak masak apa hari ni....tiba-tiba ternampak daun kunyit dan kangkung yang ditanam di belakang rumah....tapi belimbing pulak tak ada buah...tak apalah pakai apa yang ada....Jom kita layan resepi ni....
Bahan2nya :-
1. 5 biji telur ayam ( nak pakai telur itik pun boleh)
2. 10 biji cili padi ( saya letak 2 sdb yg dah siap blend)
3. Seulas bawang merah (tumbuk)
4. 1 sdb serbuk kunyit
5. Santan kotak tambah 5 cwn air
(santan segar lagi sedap)
6. Sebatang serai (ketuk)
7. Sehelai daun kunyit (potong kasar atau halus)
8. Kangkung (ikut suka nak banyak
mana)
9. Sekeping asam keping
10.Garam,sedikit gula dan serbuk
perasa
Cara2nya:-
1.Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan lain kecuali telur,kangkung dan daun kunyit.
2.Kacau kuah sehingga mendidih,perlahankan api.Pecahkan telur satu persatu ke dalam mangkuk sebelum dimasukkan ke dalam kuah.
3.Biarkan telur mengeras seketika dan masukkan pula kangkung diikuti dengan daun kunyit.
4.Perasakan dengan garam,sedikit gula dan serbuk perasa.
SELAMAT MENCUBA !!!
No comments:
Post a Comment