Assalamualaikum......Alhamdulillah jumpa lagi....Hari ni saya nak share resepi krim untuk kek pulak bukan resepi kek yer....Resepi ni simple sangat dan tak menggunakan banyak bahan....biasa saya guna krimwell untuk buat krim ni tapi disebabkan emergency tak sempat nak pergi kedai jadi saya gunalah apa bahan yang ada sahaja...kebetulan pula semalam birthday anak perempuan saya....Saya buat kek span pandan sebab itulah krim tu saya letak warna hijau sekali...Inilah resepi yang saya gunakan...sedap sangat pada tekak saya...tak berapa manis dan krim pun tak cepat cair walaupun tak dimasukkan ke dalam peti ais...cuma deco tak berapa nak cantik....huhuhu
Bahan2nya :-
1 . 1 1/2 cwn mentega
2. 1/2 cwn gula aising
3. 1 cwn susu pekat kreamer manis
4. 1 sdk esen vanilla
Cara2nya:-
1.Satukan semua bahan dan masukkan ke dalam mixer.
2.Putar bahan2 sehingga kembang dan gebu.
3.Bahagikan krim ke beberapa bhgn dan warnakan mengikut warna yang dikehendaki dan bolehlah disapukan pada kek.
SELAMAT MENDECO !!!
No comments:
Post a Comment