Monday, October 24, 2016

Resepi masak asam pedas ikan cencaru

Assalamualaikum .....menu kali ini ialah masak asam pedas ikan cencaru....
Bahan2nya:-

1. 3 ekor ikan cencaru bersihkan dan     dipotong 2
2. Cili kering mesin 2 senduk
3. 5 biji bawang merah (tumbuk)
4. 3 ulas bawang putih (tumbuk)
5. 1/2 inci halia (tumbuk)
6. Semangkuk air asam jawa
7. 1 inci belacan
8. Sebatang serai (ketuk)
9. 1 pelepah daun kari/daun limau  purut
10. 1 sdk biji sawi (optional)
11. 1/2 sdk serbuk kunyit
12. Air lebih kurang 6 cwn
13. Bendi/terung
14. Garam,gula dan serbuk perasa

Cara2nya :-
1.Panaskan minyak lebih kurang satu senduk dan masukkan bahan tumbuk dan biji sawi,biarkan garing seketika kemudian masukkan cili kering dan biarkan cili betul- betul masak.
2.Masukkan air asam jawa,belacan dan serai.
3.Masukkan air dan biarkan menggelegak kemudian masukkan ikan.
5.Masukkan daun kari/daun limau purut.
6.Masukkan bendi/terung.
7.Perasakan dengan garam,sedikit gula dan serbuk perasa.
                   SIAP !!!!!!





No comments:

Post a Comment