Monday, October 24, 2016

Resepi ayam masak lemak cili padi + kentang dan telur rebus

Assalamualaikum ......menu yang saya nak kongsi kali ni ialah ayam masak lemak cili padi + kentang dan telur
rebus..3 in 1 gitu...huhuhu

Bahan2nya :-
1. 1/2 ekor ayam
2. 2 sdb cili padi ( ikut suka nk pedas mana)
3. 5 biji bwang merah (hiris)**
4. 3 ulas bawang putih (hiris)**
5. 1 inci halia (hiris)*"
6. 2 batang serai (ketuk)
7. Santan (sebiji kelapa)
8. 1 sdb serbuk kunyit
9. 3 biji ubi kentang (potong baji)
10. 3 biji telur (rebus)

Cara2nya:-
1.Masuk ayam,bahan hiris **,cili,kunyit,serai ke dalam periuk dan letak 1/2 cawan air dan didihkan sehingga air ayam keluar.
2.Tambah santan.Kalau pekat tambah air dan masukkan garam.
3.Bila kuah dah menggelegak masukkan kentang dan biarkan kentang empuk.
4.Masukkan telur rebus dan tambah sedikit gula dan serbuk perasa.
        SEDIA UNTUK DINIKMATI !!!!




No comments:

Post a Comment