Wednesday, October 5, 2016

Resepi rendang ayam dengan pucuk ubi

Pening nak fikir masak apa hari ni...Rasa macam nak masak rendang ayam tapi malas nak masak sayur...kebetulan sayur pucuk ubi jer yang ada...saya pun terfikir nak campurkan jer pucuk ubi tu dalam rendang ayam...senang kerja dan jimat masa....huhuhu.Maka terjdilah resepi seperti di bawah....

Bahan2nya:-
- 1 ekor ayam
-Bawang besar 3 biji **
-Bawang putih 5 ulas**
-Halia 11/2 inci**
-lengkuas 2 inci**
-Kunyit hidup 1 inci**
-Serai 5 batang (3 hiris dan blend** ,2    ketuk
- Cili padi 8 biji**
- Cili kering mesin 2 sdb
- Rempah kari daging 1 sdb
- Kerisik 2 sdb
- Santan 1 biji kelapa (santan kotak pun     boleh)
- Rempah 4 sekawan sedikit( kulit kayu       manis dan kwn2nya)
- Sehelai daun kunyit (dipotong kasar)
- 2 helai daun limau purut
- Pucuk ubi secekak
-  Minyak masak 2 senduk
- Garam,gula dan serbuk perasa
  Semua yg bertanda ** hendaklh diblend

Cara2nya :-
1. Masukkn minyak masak ke dalam kuali dan tumis bahan2 yang brtanda**.Masukkan  rempah penumis ,rempah kari,cili dan serai yang diketuk.Letak sedikit air dan biarkan mendidih seketika.
2.Masukkan ayam dan letak sedikit air dan biarkan ayam sebati  kering air dan masukkan santan.
3.Bila kuah dah mula pekat masukkan pucuk ubi.Sekiranya pucuk ubi dah dicelur terlebih dahulu masukkan bila kuah dah hampir nak kering.
4. Masukkan kerisik,daun limau dan daun kunyit.
5.Perasakn dengan garam,gula dan ajinomoto.

                       Sekian....tkasih..




No comments:

Post a Comment