Monday, October 24, 2016

Resepi ayam goreng tepung rangup

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...Alhamdulillah dapat lagi saya berkongsi resepi saya yang tidak seberapa ni...Kali ini
 menu saya ialah ayam goreng tepung rangup...Terpulanglh nak makan dengan nasi boleh...makan ayam macam tu jer pun boleh.....tiada paksaan...huhuhu

Bahan2nya:-
1. 1/2 ekor ayam (boleh lebihkan)
2. 1 sdb cili kering mesin
3. 1sdk rempah kari daging
4. 1/2 sdk serbuk kunyit
5. 1/2 cawan tepung jagung
6.  1 sdk garam
7. 1 biji telur (gred c)
8. 1 pelepah daun kari
9. 1/2 inci halia + 2 biji bwng merah + 2  ulas bawang putih (tumbuk)

Cara2nya:-
1.Campurkan semua bahan ke dalam bekas ayam dan perap lebih kurang 1/2 - 1 jam.
2.Goreng ayam dengan minyak penuh dengan api sederhana.
3.Bila ayam sudah garing,angkat dan toskan minyak.Sedap dimakan panas2.
                SELAMAT MENCUBA !!!!






No comments:

Post a Comment