Monday, October 3, 2016

Resepi cupcakes Oren sunkist

Bahan-bahan:-
1. Sebiji oren sunkist
2. 3 biji telur
3. 1 cawan minyak jagung/masak
4. 2 cawan tepung gandum
5. 1 sudu besar baking powder
6. 11/2 cawan gula custor (kalau tak suka manis boleh kurangkn sikit)
7. 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:-
1.Potong Oren kecil-kecil bersama kulit,buang biji dn urat tengah.Tinggalkn kulit sedikit utk diparut sbgai hiasan.
2.Kisar ke dalam blender- oren,minyak , gula ,esen vanila dn telur sehingga kembang.
3.Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam mangkuk dn masukkan tepung yg telah diayak bersama baking powder terlebih dahulu.
4.Sudukan ke dalam mangkuk kertas.
Jgn terlampau penuh.Sukatan 3/4 sahaja.Hias dengan coklat rice dn parutan kulit limau.
5.Panaskan oven 10 minit sblum dibakar.Bakar selama 15-18 minit pada suhu 150/160c atau sehingga keperangan mengikut oven masing- masing.
Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment