Sunday, October 16, 2016

Resepi masak asam rebus ikan kerisi

Assalamualaikum.....cuaca panas hari ni jadi masakan yang sesuai untuk dimasak ialah masakan yang simple2 jer hari ni....Asam rebus ni saya gandingkan dengan ikan masin gelama goreng,sambal belacan + ulam timun,ikan goreng dan telur dadar...
Jom kita tengok bahan2nya...

Bahan2nya:-
1. 3 ekor ikan kerisi
2. 6 biji cili padi (tumbuk)**
3. 2 keping asam keping
4. 1/2 inci belacan
5. Sebatang serai (ketuk)
6. 1/2 inci halia + 3 ulas bawang putih +     3 ulas bawang merah (tumbuk)**
7. Bende / terung
8. Garam dan serbuk perasa

Cara2nya :-

1. Masukkan dalam 4 cawan air ke dalam periuk dan campur semua bahan kecuali ikan dan bende.
2.Masukkan ikan bila kuah dah mendidih.Biarkan sebentar kemudian masukkan pula bende.Kalau ada daun kesum boleh juga ditambah.
3.Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
            SELAMAT MENCUBA !!!!




No comments:

Post a Comment