Masak sayur sangat mudah sebenarnya...waktu masaknya pun singkat sahaja cuma masing2 ada cara tersendiri...Saya nak share masak petola goreng hari ni...
Bahan2nya :-
1.Sebiji petola (dikikis dn dibuang kulit kerasnya)
2.Sedikit ikan bilis
3.Bawang besar 1/2 biji (hiris)
4.Bawang putih seulas ( hiris)
5.Sebiji cili merah (hiris)
6.Sedikit suhun
7.Garam dan serbuk perasa
Cara2nya:-
1.Tumis bahan hiris.Masukkan petola,garam dan sedikit air.
2. Masukkan suhun,tambah serbuk perasa dan biarkan seketika sehingga petola lembut.
SIAP !!!
No comments:
Post a Comment